BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 22 Disember 2013

Kepada Para Ibu Bapa yang Dihormati, Assalamualaikum warahmatullah... Sila ambil perhatian bahawa Hari Pendaftaran Tadika Islam Cerdik Al Farabi (TICAF) ialah pada hari Rabu 1 Januari 2014. Para Ibu bapa hendaklah datang ke Tadika untuk tujuan mendaftar serta mengesahkan kemasukan anak-anak Tuan/Puan untuk pembelajaran di TICAF.Sila perhatikan butiran di bawah: MASA: 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. TEMPAT: Tadika Islam Cerdik Al Farabi. *Sarapan pagi disediakan-Insya-Allah PANDUAN KE TICAF-Jika Tuan/Puan memandu kereta dari TTDI; apabila tiba di Masjid Jamik Sultan Abd Aziz, Sungai Penchala, hendaklah membelok ke kiri dan terus ke depan kira-kira 300 meter. Apabila ternampak Warung Cherry (WC) di kanan jalan, terus masuk di sisinya (kanan). Selamat mendaftar dan Terima Kasih atas kepercayaan kepada kami di TICAF. Untuk Pertanyaan: Cikgu Nona 012-261 2220. Motto TICAF: Mendidik kanak-kanak secara profesional menurut acuan Islamiy.

Isnin, 25 November 2013

Setiap tahun Tadika Islam Cerdik Al- Farabi (TICAF)mengadakan acara Majlis Mini Konvo.Majlis penyampaian sijil kali ini telah dirasmikan oleh Dato' Haji Mohd Hasan Mukhtar.Beliau seorang usahawan Muslim yang banyak membantu program mengimarahkan al-Quran dan yang berkaitan keislaman.Majlis diadakan pada Sabtu malam pada 16 November baru-baru ini. Dipaparkan foto-foto untuk kenangan hari bersejarah itu

Selasa, 19 November 2013

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh TADIKA ISLAM CERDIK AL-FARABI (TICAF)sedang menerima pelajar-pelajar baharu untuk sesi 2014. Tuan/puan yang berminat boleh datang ke tadika untuk mengambil borang.Setelah mengisi butiran yang diperlukan; Tuan/Puan dikehendaki mengepilkan bayaran sebanyak RM 50.00 sebagai wang pendahuluan dan dianggap telah mendaftar. Sekira Tuan/Puan berminat, bolehlah datang ke TICAF sekarang. Tadika dibuka dari Isnin hingga Sabtu.Alamat kami ialah TICAF , 2852-A, Sungai Pencala, 60000 , Kuala Lumpur. Jika dari TTDI; setelah nampak Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, hanya 300 meter ke hadapan sudah tiba di TICAF.Jika dari jalan lama, dari Stesen Petronas-jarakntya lebih kurang 1,000 meter. Sila hubungi: Pengetua; Pn Nona di talian: 012-261 2220.PN NONA TELAH MENDIDIK/MENGAJAR PELAJAR TADIKA/NURSERI HAMPIR 25 TAHUN.BELIAU BERPENDIDIKAN DIPLOMA EKSEKUTIF UNIVERSITI UTARA MALAYSIA. Moto perkhidmatan kami:"MENDIDIK KANAK-KANAK SECARA PROFESIONAL MENURUT ACUAN ISLAMIY."

Ahad, 28 Julai 2013

Kehebatan Ramadhan Yang Patut Kita Ketahui

Ramadhan: Bulan Terijabahnya Doa atas Ujian Hidup Bulan suci Ramadlan bulan istimewa. Hari-hari di dalamnya hari-hari istimewa. Masa-masa di dalamnya, masa isitimewa. Bulan dibukakannya segala pengampunan, pintu syurga, dan ijabahnya (makbulnya) doa-doa. Bulan ditebarkannya harapan bagi mereka yang berharap kepada-Nya. Bulan diangkatnya segala kesulitan hidup bagi yang meminta bantuan-Nya. Kalau kita dililit hutang piutang, maka Allah adalah Zat Mahakaya yang menjanjikan terkabulnya doa: Dia dengan mudah akan melunasinya. Di bulan inilah pula sebagai wahana memohon pertolongan Allah atas segala keperluan hidup kita. Ujian hidup tidak boleh kita elakkan dari kehidupan ini; ujian sentiasa menyertai. Dari sejak kecil, kita dibesarkan oleh ujian. Baik itu ujian sekolah, organisasi, dan sebagainya. Sesugguhnya itu ujian yang kecil. Di samping itu, ada ujian hidup yang sesungguhnya dapat mematangkan diri kita. “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu seperti yang dialami orang-orang sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: ‘Bilakah pertolongan Allah?’ Ingatlah sesungguh pertolongan Allah itu sangat dekat.” (Surah al-Baqarah:214). Jika Allah SWT menyentuhkan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Yunus (10) : 107) Allah SWT dalam menyebut istilah ujian dalam ayat itu menggunakan kata ‘menyentuhkan’. Musibah kepada kita itu hanya sentuhan bukan pukulan. Adapun ternyata kita merasa sakit, sebabnya kita tidak mahu menerima musibah ini. Padahal, jelas musibah ini dipenuhi dengan berbagai pahala dan hikmah, misalnya boleh menggugurkan dosa, mengangkat darjat keimanan di hadapan Allah SWT. Sehingga, jikalah kita mengetahui dan meyakini tatkala diuji dengan penghinaan sebagai penggugur dosa, maka kita tidak akan merasa demikian perit ketika menerimanya. Dan juga jangan pernah merasa kita sendirian bila-bila masapun dalam melalui berbagai ujian Allah SWT. “Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.” (Surah Qaf: 16). Kerana Allah-lah yang mengurus kita setiap masa. Yang menyayangi diri kita sendiri, bahkan lebih daripada kita sendiri. Andai kita mengetahui betapa Allah yang menyayangi hamba-Nya, pasti kita tidak akan mengkhianatinya, kerana malu kepada-Nya. Andai nya kita tahu kekuasaan Allah SWT yang mutlak sempurna, pasti tidak akan ada lagi harapan atau bergantung dan bersandar kepada selain Allah. Andainya kita tahu perlindungan Allah Maha Sempurna Maha Perkasa, tentunya kita tidak akan minta tolong pada siapa pun, kerana meminta kepada seseorang boleh menyebabkan hina harga diri kita. Meminta kepada Allah, akan meningkatkan harga diri kita, dan tidak akan pernah sedikit pun dikecewakannya. Allah pun demikian menyangi orang beriman, sebagaimana tersurat dalam sirah nabawiyah: Ketika itu, dalam suatu peperangan, pasukan muslimin mendapat banyak tawanan perang. Di antaranya terlihat seorang perempuan yang menggendung bayi dengan menunjukkan kasih sayangnya melalui pelukan, belaian, disusuinya dan sebagainya. Lalu Rasul saw bertanya kepada para sahabatnya, “Bagaimana kiranya menurutmu, ibu tersebut, akan sanggupkah melemparkan anaknya ke dalam api yang menyala?” “Demi Allah tidak mungkin,” kata para sahabat. “Ketahuilah, Allah mencintai orang yang beriman lebih daripada ibu tersebut mencintai anaknya. Allah tidak mungkin melemparkan orang yang beriman ke neraka.” Jadi, sesungguhnya yang mengantarkan kita ke neraka itu kelakuan kita sendiri. Kita diuji dengan sakit, difitnah, dijauhi, kehilangan sesuatu, supaya kita bersih dari dosa-dosa; dosa kita boleh terkikis habis; supaya hati tidak bersandar dan tidak merasa nyaman dengan selain Allah; supaya tatkala pulang ke akhirat kita boleh berjumpa dengan Allah dalam keadaan diredhainya. Mudah-mudahan Allah SWT menyingkapkan hijab di hati kita, sehingga iman tidak hanya di mulut, melainkan menghunjam hingga ke dalam pori-pori hati kita. Setiap masa kita sibuk dengan Allah Yang Maha Gagah. Allah SWT tidak akan pernah mengecewakan hamba-Nya yang hatinya selalu ingat pada-Nya. “Dan pastilah Allah akan menolong siapa saja yang mahu menolong (Dien)-Nya” (Surah al-Hajj : 40). Tidak ada yang menginginkan kita ke syurga kecuali Allah SWT Sang Pencipta. Maka jangan pernah bersuudzhan (berburuk sangka) kepada Allah SWT tatkala diuji dari berbagai masalah. Itu semua menunjukkan bahawa kita diuji dan terbukti kita layak masuk syurga.@