BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 24 Disember 2010

Sabtu, 4 Disember 2010





MINI KONVO 2010

Tadika Islam Cerdik Al-Farabi (TICAF) , Sungai Penchala Kuala Lumpur telah mengadakan Mini Konvonya pada Sabtu malam Ahad bertempat di Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala pada 20 Nov lalu.

Seramai hampir 50 orang akan meninggalkan tadika untuk masuk ke Tahun Satu sama ada di sekolah kebangsaan atau Sri Al-Huda Abim di Gombak.

Majlis dipenuhi dengan persembahan pelajar tadika seperti nasyid, dikir barat, berbalas pantun, tarian dan hafalan al-Quran.

Majlis dirasmikan oleh Sdra Mohd Zain Ghaniy selaku Pengurus TICAF. Jamuan dimeriahkan dengan hidangan daging aqiqah oleh lima orang peserta: Ilman, Ili Safiah, Nur Jannah , Nur Iman dan Najma Zakirah. Ia dihadiri oleh para ibu-bapa, dana keluarga pelajar termasuk datuk-datuk dan nenek mereka. TATAP FOTO-FOTO SEMPENA MINI KONVO 2010 ITU.

# PENDAFTARAN pelajar untuk sesi 2011 juga sedang berjalan.Sesiapa yang berminat hubungi Cikgu NONA di 012-261 2220.