BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 24 Mei 2009

PROGRAM TICAF SEPANJANG 2009


18 Mei 2009 -Sambutan Hari Guru yang berlangsung di tadika TICAF.

Kesemua murid telah menghadiahkan makanan.Ada mi/bihun,kek,buahan dan ada juga yang membeli ayam goreng KFC.

Pada AHAD 5 Julai akan diadakan SUKAN TAHUNAN di Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala.Adalah diharapkan tidak bertembung dengan program lain di padang itu.

PROGRAM LAWATAN juga sedang diatur.Beberapa tempat menarik termasuk KLCC termasuk di dalam perkiraan.

 

Ahad, 10 Mei 2009

Tadika Islam Cerdik Al-Farabi

TADIKA ISLAM CERDIK AL-FARABI
2852-A,SUNGAI PENCHALA ,60000 KUALA LUMPUR TEL: 03 7724 2430

DITUBUHKAN pada Januari 2003 di sebuah perkampungan Melayu di pinggir bandar bernama Taman Tun Dr. Ismail (TTDI). Kira-kira 20 minit berkenderaan dari pusat bandaraya Kuala Lumpur.
Tadika Cerdik Islam Al-Farabi (Al-Farabi) dikendalikan oleh Puan Noraini Nayan @Cikgu Nona yang berkelulusan Diploma Eksekutif Pendidikan Prasekolah dari Universiti Utara Malaysia.
Dibantu oleh lima orang Guru dan seorang Guru al-Quran. (lihat foto).
Tadika Al-Farabi dipengerusikan oleh Sdra Ahmad Saruji Abdul Aziz yang juga Ketua ,Eksekutif Pemasaran di Amanah Raya Berhad,Kuala Lumpur.
MOTTO:”Mendidik kanak-kanak secara profesional menurut acuan Islamiy.”
Penerimaan Pelajar: Berumur 4,5 dan 6 tahun.
MASA BELAJAR:8.30 hingga 11.30 pagi.
NURSERI:Pelajar dapat tinggal di nurseri sehingga jam 6.00 petang.
KELAS AL-QURAN juga disediakan.
Untuk Pertanyaan sila hubungi: Cikgu NONA 012-261 2220.