BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 22 Disember 2011

HARI PENDAFTARAN 2012


HARI PENDAFTARAN PELAJAR

Tadika Islam Cerdik Al Farabi (TICAF) akan mengadakan Hari Pendaftaran Pelajar Baharu untuk sesi 2012 pada ISNIN 2 JANUARI 2012.

Pendaftaran bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Bertempat di pekarangan TICAF di 2852-A, Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur.
Jamuan ringan disediakan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pengetua: Puan NONA di 012-2612 220 @ Pengurus: Mohd Zain 017-2408 980 .

Mendidik anak-anak secara profesional menurut acuan islamiy

Isnin, 4 April 2011

Sukan tadika pada 24 April ini

SUKAN Tadika Islam Cerdik Al Farabi insya-Allah akan berlangsung pada AHAD 24 April 2011 ini.Pada tahun ini Sukan diadakan lebih awal memandangkan pada tahun-tahun sebelumnya kita mengadakan pada pertengahan tahun- ia menyebabkan beberapa program lain turut tergendala- terlambat.

Kalau tidak ada aral kita akan siarkan foto-foto sukan yang akan berlangsung nanti.Tidak kurang meriah acara tarik tali yang kita lampirkan videonya di blog ini.

Pengurus- Mohd Zain Ghani

Rabu, 23 Februari 2011

Foto sempena Maulidur Rasul





Selasa, 22 Februari 2011

Pelajar TICAF di perarakan Maulidur Rasul

PADA pagi SABTU, 19 Februari 2011 bersamaan 16 Rabiulawwal 1432 Hijrah pelajar-pelajar Tadika Islam Cerdik Al Farabi turut serta dalam perarakan sempena sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w.(maulidur rasul).
Seramai lebih 30 orang terdiri daripada pelajar-pelajar berumur 5 hingga 6 tahun mengambil bahagian.Mereka diiringi para-para guru tadika terdiri daripada Cikgu, Tie, Ma, Mai. Mas dan Marni-turut serta guru al-Quran-Cikgu Ros.
Perarakan bermula dari Masjid Tengku Abdul Aziz Shah menuju ke Masjid al-Hidayah dan pulang semula ke masjid lama. Perarakan sekitar lebih dua kilometer itu dijalani oleh pelajar-pelajar dengan ceria dan memberikan mereka pengalaman baru tentang Nabi kita Muhammad s.a.w.
Ramai ibu bapa mengatakan pada tahun hadapan anak mereka mahu turut serta.Sila lihat foto-foto sempena perarakan itu.