BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 23 Februari 2011

Foto sempena Maulidur Rasul





Selasa, 22 Februari 2011

Pelajar TICAF di perarakan Maulidur Rasul

PADA pagi SABTU, 19 Februari 2011 bersamaan 16 Rabiulawwal 1432 Hijrah pelajar-pelajar Tadika Islam Cerdik Al Farabi turut serta dalam perarakan sempena sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w.(maulidur rasul).
Seramai lebih 30 orang terdiri daripada pelajar-pelajar berumur 5 hingga 6 tahun mengambil bahagian.Mereka diiringi para-para guru tadika terdiri daripada Cikgu, Tie, Ma, Mai. Mas dan Marni-turut serta guru al-Quran-Cikgu Ros.
Perarakan bermula dari Masjid Tengku Abdul Aziz Shah menuju ke Masjid al-Hidayah dan pulang semula ke masjid lama. Perarakan sekitar lebih dua kilometer itu dijalani oleh pelajar-pelajar dengan ceria dan memberikan mereka pengalaman baru tentang Nabi kita Muhammad s.a.w.
Ramai ibu bapa mengatakan pada tahun hadapan anak mereka mahu turut serta.Sila lihat foto-foto sempena perarakan itu.