BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 13 Ogos 2009

LAWATAN PELAJAR KE PETROSAINS PADA 6 OGOS 09










Tadika telah membawa pelajar-pelajarnya melawat sambil belajar ke Petrosains yang bertempat di Menara Berkembar Petronas,Kuala Lumpur pada KHAMIS, 6 Ogos 2009 lalu.

Seramai 89 orang pelajar telah turut serta diiringi oleh keenam-enam guru termasuk guru al-Quran.

Lawatan telah berlangsung dengan lancar berjaya penuh keceriaan.

Semoga tahun mendatang –pelajar-pelajar baru dapat berkunjung lagi ke Petrosains demi meningkatkan pembelajaran.

Sila lihat foto-foto yang dirakamkan oleh Ahmad Mus’ab.

Ahad, 19 Julai 2009

sukan tadika 09





SYUKUR Alhamdulillah Tadika Islam Cerdik Al-Farabi telah berjaya mengadakan sukan tahunan yang keenamnya pada hari AHAD 12 Julai lalu. Sukan dirasmikan oleh En Ahmad Saruji Abd Aziz, Pengerusi TICAF dan juga Ketua Eksekutif Pemasaran Amanah Raya Berhad.

Seramai 100 pelajar telah menyertai sukan di mana lebih 20 acara diadakan.Para ibu dan bapa juga mempunyai acara dan mereka mendapat hadiah yang menarik.

Ahad, 21 Jun 2009

hari penilaian pelajar






TADIKA ISLAM CERDIK AL FARABI (TICAF) telah selamat mengadakan hari”Penyerahan Penilaian Pelajar” pada SABTU 20 Jun 2009.

Hampir kesemua ibu bapa para pelajar datang ke tadika bermula 3.00 petang sehingga 5.30 petang.Mereka disambut oleh para guru kelas masing-masing:Cikgu Jue, Tie, Maa, Nor dan Izah serta guru al-Quran:Cikgu Ros.Para guru telah menyerahkan laporan penilaian pelajar kepada para ibu bapa.

Para ibu bapa juga berkonsultasi dengan para guru dengan penuh minat demi mengetahui kemajuan pelajar an dan kemajuan anak masing-masing.

Para ibu bapa juga bertemu dan berkonsultasi dengan Pengetua –Cikgu Nona.

Ahad, 24 Mei 2009

PROGRAM TICAF SEPANJANG 2009


18 Mei 2009 -Sambutan Hari Guru yang berlangsung di tadika TICAF.

Kesemua murid telah menghadiahkan makanan.Ada mi/bihun,kek,buahan dan ada juga yang membeli ayam goreng KFC.

Pada AHAD 5 Julai akan diadakan SUKAN TAHUNAN di Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala.Adalah diharapkan tidak bertembung dengan program lain di padang itu.

PROGRAM LAWATAN juga sedang diatur.Beberapa tempat menarik termasuk KLCC termasuk di dalam perkiraan.

 

Ahad, 10 Mei 2009

Tadika Islam Cerdik Al-Farabi

TADIKA ISLAM CERDIK AL-FARABI
2852-A,SUNGAI PENCHALA ,60000 KUALA LUMPUR TEL: 03 7724 2430

DITUBUHKAN pada Januari 2003 di sebuah perkampungan Melayu di pinggir bandar bernama Taman Tun Dr. Ismail (TTDI). Kira-kira 20 minit berkenderaan dari pusat bandaraya Kuala Lumpur.
Tadika Cerdik Islam Al-Farabi (Al-Farabi) dikendalikan oleh Puan Noraini Nayan @Cikgu Nona yang berkelulusan Diploma Eksekutif Pendidikan Prasekolah dari Universiti Utara Malaysia.
Dibantu oleh lima orang Guru dan seorang Guru al-Quran. (lihat foto).
Tadika Al-Farabi dipengerusikan oleh Sdra Ahmad Saruji Abdul Aziz yang juga Ketua ,Eksekutif Pemasaran di Amanah Raya Berhad,Kuala Lumpur.
MOTTO:”Mendidik kanak-kanak secara profesional menurut acuan Islamiy.”
Penerimaan Pelajar: Berumur 4,5 dan 6 tahun.
MASA BELAJAR:8.30 hingga 11.30 pagi.
NURSERI:Pelajar dapat tinggal di nurseri sehingga jam 6.00 petang.
KELAS AL-QURAN juga disediakan.
Untuk Pertanyaan sila hubungi: Cikgu NONA 012-261 2220.